Moshi Moshi Talks


Graduated from UiTM (2010-2014)
Now working in Penang
| Twitter |
| Instagram : @nana_moshi |

Instagram
Tabung Moshi Moshi!


Trend Hijab Muslimah Terkini
Thursday, January 7, 2016 | 3 suka Moshi Moshi |

Assalamualaikum



Tidak dinafikan bahawa semakin ramai wanita berhijab yang kini tampil bergaya dan berani mengikuti trend fesyen terkini. Jika dahulu, koleksi tudung seperti tudung bawal merupakan pilihan pertama ramai wanita berhijab, kini wanita diberikan lebih banyak pilihan dan aneka koleksi hijab Muslimah yang moden dan menarik. Ini menandakan bahawa fesyen Muslimah semakin diterima oleh penggemar fesyen tanah air terutama sekali golongan muda. Terdapat pelbahgai cara pemakaian tudung yang modern dan unik Cik Moshi nak tunjukkan.



Trend hijab Muslimah yang paling terkini dan popular dikalangan para wanita berhijab adalah koleksi instant shawl seperti berikut. Instant shawl ni sesuai untuk wanita yang tidak memerlukan masa yang panjang nak lilit tudung, nak cepat tapi bergaya. Rekaan instant shawl yang praktikal dan ringkas ini amat mudah digayakan oleh semua bentuk muka dan memberikan keselesaan kepada si pemakai. Cara pemakaian koleksi instant shawl ini tidak memerlukan sebarang brooch atau pin tudung. Anda hanya perlu sarung dan lilit sahaja!


Trend hijab yang kedua pula adalah koleksi tudung hood yang juga mudah untuk dipakai. Koleksi tudung ini juga sesuai digayakan oleh semua wanita terutama sekali apabila anda ingin menghadiri majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis keramaian ataupun dinner bersama yang tersayang (cewaahh). Mostly, hijabster akan gayakan trend ni sebab dia nampak lebih versatile. 


Dan trend hijab yang berikutnya adalah koleksi tudung sarung seperti berikut. Ia juga amat mudah dipakai dan amat versatile. Anda boleh menggayakan koleksi tudung ini dengan apa jua jenis pakaian yang anda gemari. Cik Moshi paling suka tudung sebab senang dan cepat. Tak payah ngadap lama-lama depan cermin dan tak risau bila tudung ditolak angin.



Thanks for reading :)




MISTAKE
Monday, December 14, 2015 | 2 suka Moshi Moshi |

Assalamualaikum



MISTAKE. Melayu cakap kesalahan. Semua orang penuh buat salah. Tak kira salah besar atau kecik.

Ada pepatah cakap, Belajar dari kesalahan. Tapi mana lagi baik, Learn from our mistake, or learn from other mistake.

Kalau kita belajar dari kesalahan orang lain, kita tak kan hadapi kesalahan yang mana orang lain buat. Contoh, nampak orang mencuri tu SALAH, so kita belajar mecuri tu salah kita tak ikut dia. Jadi kita tak akan hadapi hukuman yang orang lain hadapi. So dalam situasi ni, ada baiknya learn from other mistake.

Learn from our mistake. Kalau kita tak buat salah macam mana kita tahu benda tu salah. Haaaa macam pening. You doesn't know its a mistake until you made the mistake. Macam mana kita tahu makanan tu pedas kalau kita tak makan sendiri. Macam mana kita tahu tekan suiz dengan tangan basah boleh kena letrik. Selagi korang x kena letrik selagi tu korang buat still tekan suiz dengan tangan basah. Macam mana budak-budak tu tahu kalau jatuh tu sakit kalau diorang tak lari laju-laju then terjatuh atas jalan tar. Apa yang kita belajar dari kesalahan sendiri buat kita lebih sedar yang lepas ni kita tak kan ulang kesalahan yang sama.

Mungkin kita boleh apply mengikut situasi. Tak kan korang nak drive keta laju-laju nak tengok mati ke tidak. Kalau dah mati, nak learn for our mistake macam mana. Yang ni lah orang kata nasi dah jadi bubur.

Apa-apa pon mistake is not a such a big deal. You can't blame others if they make a mistake. Nobody is perfect. If you make a mistake doesn't mean you are wrong. Make mistake is about you are learning in different way. 


MISTAKE is an action or judgment that is misguided or wrong. Mistakes are proof that you are trying. So don't give up. Keep learning. But, please don't keep repeating the same MISTAKE.




Thanks for reading :)




Beras
Sunday, December 6, 2015 | 2 suka Moshi Moshi |

Assalamualaikum



Tengah Cik Moshi beli barang baru-baru ni, sebelah Cik Moshi ada sorang mak cik ni dengan anak dia. Diorang punya skrip lebih kurang macam ni lah.

Anak : Mak, nak amik beras apa?
Mak  : Nak beli beras ka? Tak payah la beras kat umah ada sekampit lagi tu.
Anak : Cukup ka? nanti tahun depan nak makan apa?
Mak  : Cukup aihh. Tahun depan nuhh nak beli barang sekolah lagi.

Cik Moshi yang kat sebelah ni tak tahan nak gelak, baguih sungguh adik ni. Pikir sampai ke tahun depan. Takut tahun depan tak cukup makan dia.




Thanks for reading :)







Older Post






//oh darling by Plug in Stereo