Moshi Moshi Talks


Graduated from UiTM (2010-2014)
Now working in Penang
| Twitter |
| Instagram : @nana_moshi |

Instagram
Tabung Moshi Moshi!


Masalah Kulit Kering
Monday, October 20, 2014 | 3 suka Moshi Moshi |



Assalamualaikum



Semua perempuan nak kulit cantik tulus mulus cerah berseri meleleh kan? haha Bukan perempuan je lelaki pon sama. So, harini Cik Moshi nak cakap pasal masalah kulit kering. Yes, Cik Moshi sendiri yang alami masalah yang sama. 

No wonder orang yang alami masalah kulit kering ni muka diorang tak de JERAWAT. Kenapa? sebab muka kering, Tak de minyak. macam mana jerawat nak naik kan. Tapi tu bukan benda happy pon, Walaupon tak dak jerawat tapi muka mengelupas tak cantik gak kan? Pakai pi la cream ke bedak ke tebal-tebal nak cover kompem nampak kulit macam MENGGERUTU haha. Ayat tu bukan main.

Then, Cik Moshi try cari solution macam mana nak tangani masalah  ni tanpa kuar kan modal yang banyak.

First, Cik Moshi try minum air masak bergelen-gelen. Tak tau bapa kali asyik kuar masuk toilet. Tak menjadi jugak. Tambah kerja dalam aircond, lagi buat kulit cepat kering. OK, first solution tak menjadi.

Second, Cik Moshi try minum ESP from Shaklee. Yang ni memang berkesan. Sangat berkesan. Bukan takat kulit muka je, tapi bibir sekali. Hilang semua kulit mengelupas tu. Bettolllll. Tapi masalah untuk orang macam Cik Moshi pemalas. Malas nak bancuh, malas nak minum pagi-pagi. And satu lagi susah nak disiplin nak minum pagi dan malam. Satu lagi bila abis, kena beli online. Kena main pos pos. Argghhh not so me la. Tapi beli tudung online tak pe.Hiokk hiokk hiokkkk Mashimaro Emoticons. OK second solution pon tak menjadi. (tak menjadi untuk diri sendiri la)


Third, Cik Moshi try google. Cari produk yang senang nak beli. Kat mana-mana pon senang nak jumpa PLUS harga pon murah. Believe or not. Cik Moshi jumpa benda ni.

Rosken Skin Repair


Rosken Skin Repair boleh didapati di mana-mana farmasi berdekatan. Cewahh haha. Paling senang Watson dengan Guardian. Harga dalam rm12 je. Sangat berpatutan. Boleh guna dekat muka PLUS mana-mana anggota badan yang ada masalah kulit kering. Boleh dijadikan sebagai moisturizer. 

Seumur hidup Cik Moshi tak penah pon nak pakai moisturizer bagai ni. Sebab cuaca kat Malaysia ni bukan kering sangat pon. Kejap hujan keja panas. Tapi disebabkan kerja dalam aircond, melampau sangat sejuk dia. 



Cik Moshi pakai ciput je, bukan bermakna Cik Moshi kedekut. Haaa sebabnya sikit ni pon sudah memadai. Dalam erti kata lain, boleh jimat tahan lama. Kang pakai banyak-banyak nanti kulit berminyak jangan salahkan benda ni plak. Salah diri sendiri la yer kalau muka naik jerawat nanti. Haha 


Ok tu je setakat harini. Sekian terima kasih. Harap membantu. Any comment? Just drop it here or boleh mesej di Moshi Moshi Talks~~ 

Jangan lupa klik sini  


Thanks for reading :)







Older Post . Newer Post






//oh darling by Plug in Stereo