Moshi Moshi Talks


Graduated from UiTM (2010-2014)
Now working in Penang
| Twitter |
| Instagram : @nana_moshi |

Instagram
Tabung Moshi Moshi!


Trend Hijab Muslimah Terkini
Thursday, January 7, 2016 | 3 suka Moshi Moshi |

Assalamualaikum



Tidak dinafikan bahawa semakin ramai wanita berhijab yang kini tampil bergaya dan berani mengikuti trend fesyen terkini. Jika dahulu, koleksi tudung seperti tudung bawal merupakan pilihan pertama ramai wanita berhijab, kini wanita diberikan lebih banyak pilihan dan aneka koleksi hijab Muslimah yang moden dan menarik. Ini menandakan bahawa fesyen Muslimah semakin diterima oleh penggemar fesyen tanah air terutama sekali golongan muda. Terdapat pelbahgai cara pemakaian tudung yang modern dan unik Cik Moshi nak tunjukkan.



Trend hijab Muslimah yang paling terkini dan popular dikalangan para wanita berhijab adalah koleksi instant shawl seperti berikut. Instant shawl ni sesuai untuk wanita yang tidak memerlukan masa yang panjang nak lilit tudung, nak cepat tapi bergaya. Rekaan instant shawl yang praktikal dan ringkas ini amat mudah digayakan oleh semua bentuk muka dan memberikan keselesaan kepada si pemakai. Cara pemakaian koleksi instant shawl ini tidak memerlukan sebarang brooch atau pin tudung. Anda hanya perlu sarung dan lilit sahaja!


Trend hijab yang kedua pula adalah koleksi tudung hood yang juga mudah untuk dipakai. Koleksi tudung ini juga sesuai digayakan oleh semua wanita terutama sekali apabila anda ingin menghadiri majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis keramaian ataupun dinner bersama yang tersayang (cewaahh). Mostly, hijabster akan gayakan trend ni sebab dia nampak lebih versatile. 


Dan trend hijab yang berikutnya adalah koleksi tudung sarung seperti berikut. Ia juga amat mudah dipakai dan amat versatile. Anda boleh menggayakan koleksi tudung ini dengan apa jua jenis pakaian yang anda gemari. Cik Moshi paling suka tudung sebab senang dan cepat. Tak payah ngadap lama-lama depan cermin dan tak risau bila tudung ditolak angin.



Thanks for reading :)







Older Post






//oh darling by Plug in Stereo