Moshi Moshi Talks


Graduated from UiTM (2010-2014)
Now working in Penang
| Twitter |
| Instagram : @nana_moshi |

Instagram
Tabung Moshi Moshi!


kisah benar dari UiTM Kota Bharu
Monday, March 7, 2011 | 5 suka Moshi Moshi |
Saya pelajar semester 3 UiTM Kota Bharu, Kelantan. Semua sedia maklum bahawa pelajar kampus ini tinggal menyewa di rumah-rumah kedai, apartment-apartment, rumah-rumah banglo dan rumah-rumah kampung. Apartment dan banglo kedengaran gah tetapi hakikatnya dihuni lebih dari 10 orang ada juga yang dihuni lebih dari 20 orang. Rumah kedai juga tidak terkecuali dari menjadi rumah bak tin sardin. Ini situasi yang biasa berlaku memandangkan masing-masing mempunyai pilihan untuk menginap dimana sahaja asalkan sewa yang dikenakan murah dan mampu dibayar. Paling menjadi pilihan bak goreng pisang yang panas ialah rumah-rumah yang berhampiran dengan Kampus Kota Bharu. Permasalahan yang ingin saya kemukakan ini jauh lebih serius dari ini.

PERTAMA :
Sewa Tidak Masuk Akal,
Saya menyewa di rumah kedai yang mana turut dihuni oleh 15 pelajar yang lain. Situasi kami mungkin tidak seteruk tin sardin kerana tingkat 1 dihuni 9 orang manakala tingkat 2 dihuni 8 orang. Setiap bilik dipisahkan dengan memasang dinding "playwood" dan bayaran dikenakan di"charge" mengikut bilik. Bilik dihuni 2 orang dikenakan RM130 manakala bilik seorang dikenakan bayaran RM150 untuk sebulan. Menurut pandangan kami sebagai pelajar, harganya tersangatlah tidak masuk akal memandangkan keadaan yang umpama kediaman PATI tetapi bayaran satu kepala mahal.

KEDUA :
Kes Kecurian,
Rumah yang saya huni sekarang sudah 3 kali dimasuki pencuri. Kejadian pertama berlaku di tingkat 1. Ianya berlaku pada 4 Januari 2011 pada hari ketiga kuliah bermula dan ketika kami baru 3 hari berada di Kota Bharu untuk pertama kalinya. Kes kedua dan ketiga berlaku pada sekitar minggu ini (27 Februari - 4 Mac 2011). Kes berlaku pada siang hari. Apa yang lebih menakutkan ialah kejadian berlaku ketika beberapa penghuni berada dirumah. Kami telah melaporkan kes kepada pihak polis dan polis sedang menjalankan siasatan.

KETIGA :
Kes Rogol,
Semalam 4 Mac 2011, seorang rakan serumah saya dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan mengenai kes yang berlaku. Apa yang mengejutkan ialah beliau di beritahu oleh pihak polis bahawa sudah berlaku 9 kes rogol yang dilaporkan berlaku dalam minggu ini (27 Februari - 4 Mac 2011) dan kes berlaku disekitar kawasan yang kami diami sekarang. Cuba anda bayangkan, 9 kes rogol berlaku dalam masa 7 hari ini dilaporkan. Bukankah itu sesuatu yang menggerunkan. Sasaran sudah pastinya perempuan. Nampaknya keselamatan kami dirumah sudah semakin terancam. Apatah lagi di luar.

KEEMPAT :
Kes Ragut,
3 minggu lepas, seorang penghuni tingkat 2 telah diragut pada pukul 8 pagi ketika beliau menuju ke Kampus. Kes ragut mungkin dapat dielakkan sekiranya kami mengambil inisiatif sendiri dengan tidak menarik perhatian mata si peragut. Tetapi peragut zaman sakaranh jauh lebih ganas. Kita sedai maklum bahawa pernah nyawa melayang kerana di ragut.

KELIMA :
Bersabung Nyawa,
Memandangkan kami tinggal berhampiran UiTM, kami berjalan kaki menuju ke kampus. Setiap hari kami  mempertaruhkan nyawa kerana kami perlu menyeberangi jalan raya yang sentiasa sibuk memandangkan tiada jenjatas disediakan. Berjihadlah kami demi menuntut ilmu.

Baru-baru ini pihak HEP telah mengunjungi kediaman kami untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian yang berlaku untuk dilaporkan kepada pihak atasan. Selain itu kami diberitahu bahawa satu perjumpaan dengan pihak atasan akan dilakukan dimana kami boleh menyuarakan permasalahan kami dengan lebih mendalam. Saya berharap pihak UiTM dapat mengambil tindakan segera kerana bimbang perkara tidak diigini menimpa pelajar yang lain. Masalah yang kami semua hadapi sekarang tidak harus dipandang enteng. Jalan penyelesaian itu ada tapi kami mahukan jaminan keselamatan untuk jangka masa panjang. Berpindah rumah yang lebih selamat itu untuk jangka masa pendek. Tetapi yang selamat terletak jauh dan harganya jauh lebih mahal. Kami pelajar yang cuma bergantung kepada pinjaman PTPTN dan tidak mempunyai kenderaan.

Bersyukurlah anda yang menghuni di kolej kediaman UiTM kerana keselamatan anda jauh lebih terjamin berbanding kami.


by Noorhayati Shafii on Saturday, March 5, 2011 at 11:13pm







p/s : yang pelik dengan kejadian di atas..kenapa perlu wujud UiTM di tempat yang susah nak sediakan tempat kediaman untuk pelajar-pelajar...
bukan untuk memalukan tapi untuk kesedaran...=)


kalau nak cari kawasan rumah sewa sekitar UiTM Machang dan Kota Bharu klik sini
 And jangan lupa klik benda comel-comel nih  



Thanks for reading :)







Older Post . Newer Post






//oh darling by Plug in Stereo